Judul: Jab Tak Hai Jaan
Terbitan: Yash Raj Films
Produser: Aditya Chopra
Pengarah: Yash Chopra
Pelakon: Shah Rukh Khan, Katrina Kaif, Anushka Sharma, Rishi Kapoor, Neetu Singh, Anupam Kher
Muzik: A.R. Rahman
Lirik: Gulzar
Koreagrafer: Vaibhavi Merchant
Editor: Namrata Rao
Genre: Romantik Drama

Merupakan filem terakhir yang diarahkan oleh pengarah veteran Yash Chopra sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhirnya di usia 8- tahun pada 21 oKtober 2012 yang lalu akibat beberapa kompilikasi selepas diserang penyakit denggi.
Dalam filem yang menggandingkan Shah Rukh Khan dengan Katrina Kaif sebagai teraju utama ini, Raja Filem Romantik ini sekali lagi membawa penonton menikmati keindahan Kashmir yang merupakan lokasi favouritenya dan dia sentiasa menyelitkan Kashmir di dalam beberapa filem arahannya sebelum-sebelum ini.
Namun, hanya satu saja harapan Yash Chopra yang tidak kesampaian iaitu menjayakan babak penggambaran tambahan untuk lagu Jab Tak Hai Jaan di banjaran Alps, Switzerland yang juga merupakan satu lagi lokasi kegemaran Yash Chopra (Yash memang dikenali sebagai pengarah sering mempromosikan Switzerland di dalam filem-filemnya).
Beberapa hari selepas kematiannya juga, aktor Ajay Devgan telah menghantar notis kepada Yash Raj Films meminta supaya syarikat produksi terbabit menukar tarikh tayangan mereka daripada 13 November 2012 kepada tarikh lain.
Ulasan Penuh
Pada awalnya, saya agak skeptikal apabila menonton filem ini. Sebab, saya rasa acuannya akan jadi sama macam filem-filem arahan Yash Chopra yang sebelum ini. Namun, pembukaan filem ini membuatkan saya terpaksa berubah fikiran kerana Yash Chopra telah membawa saya untuk berkenalan dengan pengawai tentera bernama Samar Anand yang bertugas di unit mematikan bom.
Melihat Shah Rukh Khan membawakan watak sebagai pegawai tentera yang serius dan sangat komited dengan tugasnya serta degil kerana tidak mahu mengenakan sut keselamatan, saya teruja kerana setidak-tidaknya saya dapat melihat kelainan pada watak dan karektor Shah Rukh Khan di dalam filem bergenre romantik sebegini.
Namun, ada juga beberapa perkara yang tidak masuk akal yang menimbulkan tanda-tanya. Bagaimanalah seorang pegawai tentera seperti Shah Rukh Khan boleh menjaga ketrampilan diri dengan elok khususnya dengan rambut yang rapi sedangkan dia berada di kawasan merbahaya seperti Ladakh yang sentiasa menjadi tumpuan gerila Maoist? Malah, ianya juga bersempadan dengan Kashmir yang tidak kurang bahayanya....
Begitu juga dengan kehadiran seorang wartawan penyiaran yang gila seperti Akira Rai lakonan Anushka Sharma di kawasan tasik di Ladakh tersebut. Bukan sebab dia terjun di tengah-tengah tasik yang airnya sejuk gila itu yang menimbulkan tandatanya. Tapi, bagaimana dia boleh berada di kawasan pulau di tengah-tengah tasik itu tanpa basah. Sedangkan, untuk berada di tengah pulau tersebut, dia terpaksa berenang. Dan, kalau dia berenang, bagaimana dia boleh sampai ke tengah tasik itu sedangkan airnya terlalu sejuk?
Dan, kemudian selepas terjun, Akira tiba-tiba lemas dan akhirnya anda tentu dapat mengagak bahawa dia telah diselamatkan oleh Samar Anand. Apapun, itu semua hanyalah pembuka cerita sebelum Akira mendedahkan kita semua tentang perjalanan hidup Samar Anand sebelum bergelar anggota tentera menerusi flashback hasil daripada catatan yang ditemui Akira di dalam diari milik Samar yang dijumpainya secara tidak sengaja.

Bahawa dia merupakan seorang pendatang di tengah-tengah kota London dan bekerja sebagai penjual ikan, pelayan restoran dan pemuzik jalanan demi mencari wang. Takdir kemudian menemukan dia dengan Meera Thappar iaitu Katrina Kaif dan mereka kemudian bercinta...
Mengeksplotasikan kota London sepenuhnya sebagai lokasi pertemuan dan percintaan Samar dan Meera, saya bagaimanapun agak terganggu dengan kebolehan Samar bermain gitar. Kerana jika anda seorang penonton yang sangat teliti anda dapat melihat bahawa Shah Rukh Khan hanya pura-pura saja melakukan strumming pada gitar tersebut. Saya memang tak boleh terima hakikat ini.
Lebih baik tak usah tonjolkan Shah Rukh bermain gitar atau mengapa harus fokus jari-jemarinya pada tali gitar sedangkan dia tidak memetiknya langsung?
Apapun, Jab Tak Hai Jaan tetap mempunyai twist yang boleh tahan baik. Pada saat saya menyangka bahawa cinta mereka akan dihalang keluarga, namun rupa-rupanya halangan tersebut kononnya datangnya daripada janji-janji yang dibuat oleh Meera terhadap Tuhan.
Dalam satu babak penting yang menyaksikan kemalangan Shah Rukh Khan, Meera telah bermohon kepada Tuhan supaya Samat terus hidup dan sekiranya dia hidup, dia berjanji akan meninggalkan Samar.
Jadi, Samar pergi dan telah mencabar Tuhan untuk mencabut nyawanya. Atas sebab itu dia bekerja di unit mematikan bom. Kemudian cerita itu terhenti. Tertarik dengan kisah hidup Samar Anand, Akira bercadang untuk menjadikan kisah hidupnya sebuah dokumentari autobiografi. Namun Akira pula jatuh cinta dengan Samar. Samar pulak berasa terhibur dengan kehadiran Akira dan tanpa sedar dia sudah mampu tersenyum dan tertawa semula.
Untuk mengesahkan dokumentari tersebut adalah berdasarkan kepada kisah benar, Samar dikehendak datang ke ibu pejabat Discovery Channel di London. Di sini sekali lagi ada akan melihat twist kepada filem ini. Sekali lagi Samar kemalangan dan kali ini kehilangan memorinya. Berhadapan dengan Retrograde amnesia, dia hanya dapat mengingati perkara-perkara yang berlaku sebelum kemalangan yang pertama dulu.
Ertinya dia hanya mengingati dirinya sebagai Samar Anand yang dulunya menetap di London. Di sinilah munculnya kembali Meera Thappar. Namun, setelah beberapa lama, Samar berupaya memiliki ingatannya semula. Itupun selepas berhadapan dengan kejadian bom di sebuah keretapi bawah tanah di London.
Di sini, anda kan dapat melihat semula titik permulaan hidup Samar. Apakah dia berupaya kembali semula pada Meera atau menerima cinta daripada AKira yang terlalu mengharapkannya.
Apapun, saya sangat menyukai scene tarian drum yang melibatkan Shah Rukh dengan Katrina di sebuah lorong bawah tanah di London. Ianya bagi saya sebuah scene yang cukup hebat dan Katrina menari dengan cukup baik sekali.
Begitupun di segi lakonan, adakalanya Katrina kurang menyampaikan emosinya dengan berkesan, namun bergandingan dengan Shah Rukh membuatkan dia sentiasa nampak okey.
Lakonan Anushka Sharma nyata memeranjatkan. Sebagai pendatang baru dia berjaya menyampaikan lakonannya dengan cukup berkesan sekali dan bonus tambahan adalah apabila dia memiliki dialog-dialog yang mempunyai punching line cukup baik.
Apapun, secara keseluruhan, Jab Tak Hai Jaan masih memiliki dialog-dialog romantis puitis yang cukup mengesankan sepertimana yang selalu terdapat di dalam filem Yash Chopra sebelum ini. Namun, selaku komposer, A.R. Rahman nampaknya sedikit gagal menghasilkan lagu-lagu yang menarik di dalam filem ini.

Sinopsis
Samar Anand adalah seorang pegawai tentera India yang bertugas di dalam unit mematikan bom. Manakala Anusha Sharma adalah seorang wartawan penyiaran yang bertugas sebagai intern di Discovery Channel. Diari Samar Anand telah membuatkan dia mahu membuat dokumentari tentang lelaki tersebut kerana sanggup meminta Tuhan mencabut nyawa kerana selepas memisahkannya daripada cintanya, Meera Thappar.
Dengan tidak disangka, Akira jatuh cinta dengan Samar. Namun, dia masih tetap menyiapkan dokumentari tersebut. Namun, untuk melancarkan dokumentari tersebut, dia terpaksa meminta bantuan Samar untuk datang ke London. Samar keberatan kerana ia bersangkut-paut dengan kisah silamnya dengan Meera.
Namun, akhirnya Samar datang dan kemudian telah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya hilang ingatan dan memperolehi Retrograde amnesia yang mana dia hanya dapat mengingati hal-hal yang berlaku sebelum ditimpa kemalangan yang pertama (dia pernah berdepan dengan kemalangan sewaktu zaman mudanya di London). Pun begitu, insiden itu telah menyebabkan dia bertemu semula dengan Meera.

wah seru nih dong, tapi gk begitu ngerti kalau felem india
BalasHapusyaa harus seru bro , di pahami cerita dramanya saja .ini film tentang pengorbanan cinta
BalasHapusohh pengorbanan cinta? masih ada itu di zaman sekarang??
BalasHapusiyaa bro , masih ada example mere ketumbar jahe dan aneska repa2 .wkwkwkw
BalasHapuswaaa... film india y... ??? bagus ngak...
BalasHapusBalas
iya mace , bagus lahh maceee watch aja
BalasHapus